Sejarah Silat Harimau

Kamis, 21 Februari 2013

Berasal daripada Tanah Jambi-Indonesia yang diasaskan oleh Guru Agong Kiyai Haji Muhammad Rais. Perguruan ini telah dibawa masuk ke Tanah Jawi- Malaysia oleh seorang murid beliau iaitu Orang Muda Muslimin Panglima Syamsul Baharin ( Panglima Raja Beruas - dimakamkan di Kg Pengkalan Baru, Beruas Perak ). Pada masa yang sama juga Kiyai Hj Muhammad Rais telah mengarahkan seorang lagi murid beliau memasuki Tanah Jawi dan membuat pertapaan di Gunung Ledang- Melaka sehingga datang padanya seorang Pahlawan Melayu tak terbilang bersama beberapa orang sahabatnya untuk mengkhatamkan beberapa ilmu sebagai benteng serta

Pulau 9,tempat pertapaan Dato' Endut
pertahanan untuk mempertahankan Kesultanan Melaka pada ketika itu. Beliau adalah Sang Alia Putra @ Sang Adi Putra. Kemudian rahsia perguruan ini telah diperturunkan kepada seorang pengembara yang berdarah hulubalang dari Jawa iaitu Dato Endut B. Muhammad Saman yg bergelar Dato Bentara@Panglima Garang. Beliau bertapak  di Teluk Panglima Garang - Selangor. Pada tahun 1958 telah zahirlah seorang anak rantau berdarah Bugis dari Simpang Tiga Lubok Sekopi-Sumatera, yang digelar olehnya Yatim Mustapa dan telah mengkhatamkan perguruan ini di Pulau Nibong, Perak bersama 44 orang rakan seperguruan - iaitu Tuan Guru Jaafar b. Md Isa- menetap di Kg. Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah Darul Aman dan kembali ke-hadrat Ilahi pada tanggal 13 April 2010 – AL-FATIHAH.

Allahyarham Tuan Guru Jaafar mempelajari dan menerima rahsia-rahsia perguruan  serta memegang mandat sebagai pewaris utama persilatan ini pada usia beliau 14 tahun. Kemudian beliau memperkembangkan persilatan ini sekitar Tanah Perak sehingga ke Negeri Kedah pada tahun 1962 di Pulau Langkawi. Ketika itu umur beliau 18 tahun. Di Langkawi beliau telah tinggal dengan sebuah keluarga angkat iaitu Tok Raof (nama samaran) di Kampung Kuah. Beliau bekerja sebagai pemandu bot pelancong kepunyaan keluarga angkatnya. Di sinilah permulaan zahirnya Silat Harimau yang diwarisinya bertapak di Kedah. Dalam tahun 1963 Tuan Guru Jaafar telah menerima 6 orang daripada teman-temannya untuk diajar silat yang diwarisinya. Mereka adalah :

Pulau Langkawi
  1. Ramli b. Saad ( Pak Jang Ramli )
  2. Omar b. Saad - abang kepada Pak Jang Ramli
  3. Ibrahim b. Said
  4. Talib b. Said
  5. Omar b. Dai’
  6. Talib b. Dahaman
 Bermula dari sinilah Silat Harimau berkembang di Langkawi. Gelanggang pada masa itu (1963) di Kampung Padang Lalang- Mukim Kuah, Kampung Penarak dan Kampung Sungai Mengulu. Sekitar tahun 1964 Tuan Guru Jaafar telah berpindah ke Kuala Perlis. Di situ beliau telah membuka satu lagi gelanggang di Kampung Hujung Alur. Tidak lama selepas itu beliau telah membuka satu lagi gelanggang di Kampung Kodiang Lama-Kedah. Pada masa itu beliau dibantu oleh seorang murid beliau iaitu Pak Jang Ramli.
Masa terus berlalu….Tanggal 1965 ( umur Tuan Guru Jaafar 21 tahun ) beliau telah berhijrah ke Kampung Hujung Alor Merah, Alor Setar Kedah dan disini jugalah beliau telah membuka gelanggang yang bernaung di bawah Kelab Belia Malaysia (MAYC) - Persatuan Tunas Muda Alor Merah. Permulaan gelanggang ini beliau telah mengajar 6 orang sahabatnya yang tabah menerima segala kesukaran dalam mempelajari ilmu persilatan ini. Mereka adalah:
  1. Pak Su Yet
  2. Pak Aq Raja Bunga
  3. Pak Ndak Ed
  4. Cikgu Ismail- tuan tanah gelanggang di Kg Hujung Alor Merah
  5. Cikgu Teh
  6. Cikgu Leh 
Tanggal tahun 1970 perguruan ini telah mendapat pendaftran sendiri (no.pendaftaran dalam pencarian) beralamat di No.18 Lorong Kelompang, Bakar Bata, Alor Setar Kedah, dan mendapat naungan daripada seorang Kerabat DiRaja Kedah iaitu Tengku Ibrahim. Dari sinilah bermulanya era kebangkitan Perguruan Seni Gayong Silat Harimau - (Gayong Harimau) yang dipimpin oleh beliau berkembang dengan lebih luas lagi di Kedah,  Perlis, Seberang Perai, Perak hinggalah ke Selangor, Pahang dan Johor.
Segala taqdir dan ketentuan milik Allah…
Logo Harimau Sang saka
Disebabkan berlakunya beberapa masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan, pertubuhan ini terbubar secara rasmi pada tahun 1978. Ia memberi kesan yang amat mendalam buat Tuan Guru Jaafar. Tidak lama selepas itu beliau bangkit semula dengan nama Seni Silat Selendang Kuning, akan tetapi tidak bertahan lama. Akhirnya beliau mengajar silat yang diwarisinya di bawah Persatuan Pancak Silat Melayu Jati - Kedah  sehinggalah tertubuhnya Pertubuhan Seni Silat Harimau Sang Saka, Negeri Kedah Darul Aman pada tanggal 18 Julai 1989 di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966, no pendaftaran 767/89. Persilatan Harimau ini kembali berkembang hingga tahun 1999 dan kembali melalui zaman kegelapan kerana kelemahan di dalam urusan pentadbiran. Walaupun sedemikian, Silat Harimau Tuan Guru Jaafar tetap tersebar daripada kalangan murid-murid beliau yang terus memperjuangkannya.

Daripada tahun 1963-1999 selama tempoh Tuan Guru Jaafar memperkembangkan Persilatan Harimau yang diwarisinya, beliau telah memberi izin kepada beberapa orang di kalangan muridnya dan melantik sebagai guru untuk memperjuangkan persilatan ini. Di antaranya Pak Jang Ramli – Bukit Tinggi, Kepala Batas, Alor Setar, Cikgu Hamzah – Kodiang, Pak Su Yet – Kg Lalang, Siong, Baling, Pak Aq Raja Bunga – Alor Merah, Cikgu Ismail – Kg Hujung Alor Merah, Pak Qohar – Teluk Intan, Perak, Cikgu Zul – Tikam Batu, Kuala Muda. Abang Pin – Langgar, Kedah serta seorang murid dan juga salah seorang daripada anak  angkat beliu iaitu - Amzari B. Halim berasal dari Kg. Baru Kuala Ketil, Kedah. Beliau telah mendapat izin dan restu daripada Tuan Guru Jaafar di awal tahun 2006 dan juga sokongan serta dorongan daripada Tok Su Yet (generasi pertama, gelanggang Kg. Hujung Alor Merah-1965) agar Silat Harimau di bawah pimpinan beliau diperjuangkan semula diatas nama asalnya iaitu Perguruan Seni Gayong Silat Harimau yang bernaung di bawah Persatuan Seni Silat Melayu Negeri Kedah, no pendaftaran:0239/99 Akta Pembangunan Sukan 1997, pada tanggal 6.3.2006 yang berpusat di Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

0 komentar:

Posting Komentar

Diberdayakan oleh Blogger.

Postingan Populer

Blogroll

Blogger templates

embed height="200" width="200" pluginspage="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="sameDomain" wmode="transparent" menu="false" loop="false" quality="best" swliveconnect="true" flashvars="&col1=d89b09&col2=7cc034&dayAdd=0&cal=true&gig_lt=1248336103578&gig_pt=1248336182359&gig_g=1&gig_n=blogger" src="http://www.widgipedia.com/widgets/orido/Jam-Garuda-Indonesia-4639-8192_134217728.widget?__install_id=1248336094072&__view=expanded">

Blogger news